hover animation preload

Isu masalah pelajar G2G Perubatan Tanta (Penelitian selaku senior tahun 5)
by Hazim Azhar in

Assalamualaikum wbkt kpd semua pelajar perubatan.

Pertamanya saya mengucapkan salam takziah kepada saudara Muhammad Alif Bin Sofian Gan atas apa yang telah berlaku. Moga ujian ini menjadi kafarah untuk diampuni dosa oleh-Nya.

Tujuan saya menulis entry kali ini adalah;
1) Memberi pandangan terhadap isu ini selaku senior tahun 5. Saya tahu, saya bukanlah orang yang paling layak memberi pandangan. Tapi sebagai pelajar G2G yang pernah menghadapi semua permasalahan sebegini, dan memahami situasi pelajar G2G, saya tampil untuk memberi pandangan.

2) Menulis entry yang boleh menjadi rujukan dan panduan buat pelajar G2G, agar tidak berulang kembali kisah sedih sebegini.

3) Menerangkan isu yang sebenar dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul tentang isu pelajar G2G.

**********

PERHATIAN : Fakta dan maklumat dalam tulisan ini adalah diperoleh berdasarkan pengalaman peribadi dan pengetahuan yang diperoleh dengan pengalaman saya yang cetek. Mungkin terdapat kesilapan, dan mungkin juga situasinya berbeza dari Universiti Kaherah dan lain-lain. Apa-apapun, saya harap dapat berkongsi tentang pengalaman ini bersama para pembaca.


Baiklah, sebelum saya mulakan tulisan saya, eloklah perkenalkan diri dahulu. Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar, pelajar tahun 5 perubatan Universiti Kaherah. Tajaan Negeri Sembilan. Satu-satunya pelajar lelaki G2G sesi 2007-2014. Tinggal di Malek El-Saleh.


Setelah meneliti satu entry dalam website perubatan tanta (link). Saya dapati ada beberapa fakta yang perlu diperbetulkan dan ingin menerangkan situasi sebenar sebagai pelajar G2G. saya akan menerangkan satu per satu supaya semua jelas tentang G2G.





Perbezaan MOU dan G2G

Banyak perbezaannya dari sudut pengurusan dan yuran.

1) Yuran pelajar G2G adalah 3000 Pound Sterling untuk tahun satu, dan 1500 Pound Sterling untuk tahun 2 sehingga tahun 6. Manakala yuran pelajar MOU adalah 8000 USD setiap tahun.

2) Yuran perlu diuruskan sendiri oleh pelajar G2G, memerlukan Izin Dafa' dari pejabat universiti. Manakala yuran MOU generally diuruskan oleh pihak tajaan (JPA/MARA/Negeri) terus melalui pegawai EME terus ke universiti. Tidak melibatkan langsung pelajar.

3) Syarat memasuki G2G lebih ketat berbanding MOU, kerana ia perlu bersaing dengan pelajar arab yang lain. Seboleh-bolehnya subjek tertentu yang dinilai, perlu mendapat A1 atau A+. Berbeza dengan MOU, yang tidak ditapis oleh Idaratul Wafidin sekarang ini. Dulu kedua-dua MOU dan G2G ditapis oleh Idaratul Wafidin, namun sekarang MOU tidak ditapis lagi kerana Dato' Duta telah berjumpa dgn timb. menteri pelajaran mesir utk meluluskan semua pelajar MOU.

3) Jadual kelas, jadual peperiksaan oral dan praktikal, bahasa perantaraan, dan lain-lain.

*perbezaan ini disebut secara umum, ada juga kes pengecualian yang kecil





Steps pengurusan fail pelajar G2G

Fail pelajar G2G agak complicated sikit, ia perlu sampai ke beberapa 'perhentian' sebelum tiba di Universiti.

1) KPT Malaysia
2) Education Malaysia of Egypt (EME)
3) Idaratul Wafidin
4) University

Fail pelajar pada mulanya disahkan oleh KPT Malaysia, kemudian diterbangkan ke Mesir seterusnya diuruskan oleh EME. Selepas itu disampaikan pula kepada Idaratul Wafidin dan setelah diluluskan oleh Idaratul Wafidin, barulah fail tiba di universiti.

baiklah..

Dalam pengalaman sendiri dan pengalaman membantu junior sebelum ini, saya sentiasa merujuk kepada Ustaz Sulaiman(arab yang bekerja di EM) selaku pengganti Encik Yazit (telah pulang ke malaysia) tantang masalah fail. Dan setiap kali lewat, apabila ditanya sebab kelewatan tersebut... Ustaz Sulaiman akan mengatakan KPT malaysia lambat hantar fail. Saya tanyakan lagi kenapa? Jawpannya dia tidak tahu, dan dia merungut tentang kelewatan penghantaran tersebut.

Ada juga kes kelewatan berlaku kerana fail lambat diproses di Idaratul Wafidin. Sama ada lulus atau tidak, ia ditentukan di sana. kadang-kadang ia mengambil masa berbulan-bulan untuk diproses di Idaratul Wafidin, kemudian barulah keluar keputusannya sama ada lulus atau tidak, dan jika lulus, fail terus dihantar ke Universiti.

Jadi, faktor utama kelewatan fail adalah di 2 tempat ini, KPT Malaysia dan Idaratul Wafidin.

Adapun di EME, setakat pengalaman saya mengendalikan pengurusan pendaftaran pelajar G2G.. tiada masalah di tahap ini. Kerana ia sebenarnya diuruskan oleh Ustaz Sulaiman yang saya percaya dia seorang yang kuat bekerja dan sangat serius membantu pelajar. Berdasarkan pengalaman saya mengenalinya, walaupun bercakap arab dengannya, dia seorang yang sangat dipercayai. Dan walaupun setelah kepulangan Encik Yazit(ketuanya) ke Malaysia, dia masih boleh menguruskan pelajar G2G dengan baik tanpa ketuanya. Maka bagi saya KJ bukanlah masalah di sini, sama ada kita refer kepada Ustaz Sulaiman atau tidak saja menjadi persoalan.





Urusan Pendaftaran di Universiti

Ini adalah steps yang paling penting bagi pelajar G2G. Setelah mendapat berita bahawa kita adalah pelajar G2G, ketahuilah bahawa fail kita pasti akan lambat sampai ke universiti dan akan berlaku masalah demi masalah dalam tahun pertama. Jadi ini adalah urusan yang sangat penting setelah mendapat tahu kita adalah pelajar G2G.

1) Mengetahui status sebenar sama ada MOU atau G2G.

2) Setelah itu anda perlu sentiasa alert dan update dengan Ustaz Sulaiman, (selaku yang menguruskan kita) bukan KJ atau pegawai-pegawai lain. Anda perlu boleh berbahasa arab untuk memudahkan urusan, jika tidak boleh juga speak english, cuma setakat ini saya rasa bahasa perantaraan bahasa arab dengannya sangat mudah. Jika tidak faham bahasa arab dan tidak fasih english, amat digalakkan meminta bantuan senior G2G.

3) Mendapatkan Kerneh Muaqqat. Dalam semua urusan sebagai pelajar baru, kerneh muaqqat adalah sangat penting. Ia adalah kerneh sementara, yang mengizinkan kita menduduki peperiksaan sebelum kita mendapat kerneh ma'bad (kad kerneh sebenar). Dalam entry perubatan tanta yang saya letakkan link di atas, ada menyebut;

"Untuk makluman, selagi fail pelajar tidak sampai di universiti, maka izin dafa' (kebenaran untuk membayar yuran) masih tidak dapat dibuat. Ini bermakna pelajar tidak dapat untuk hadir kelas langsung atau kalau hadir sekalipun ini bermakna kehadiran saya tidak diiktiraf universiti"

Sebenarnya fakta ini kurang tepat, walaupun kita belum membayar yuran tahunan universiti, kita boleh mendapatkan kerneh muaqqat untuk menduduki peperiksaan akhir. Kelas boleh dihadiri seperti biasa tanpa ada apa-apa sekatan. Yuran boleh dibayar sehinggalah tamat peperiksaan akhir, cuma keputusan peperiksaan akan disekat (tidak dikeluarkan) sehinggalah kita menjelaskan bayaran yuran.

Jadi, sebenarnya tiada masalah jika lambat membayar yuran tahunan universiti.

Kerneh Muaqqat boleh didapatkan setelah fail tiba di universiti mengikut prosedur yang normal. Tapi mengikut pengalaman membantu junior G2G tahun ini, walaupun fail mereka belum sampai ke universiti, mereka boleh mendapat kerneh muaqqat tersebut, dan boleh menduduki peperiksaan tanpa masalah. Dalam kes ini, ustz Sulaiman telah berjumpa secara personally dengan pegawai pengurus pelajar di Universiti Kaherah untuk memberikan dahulu kerneh muaqqat kepada mereka. Sebab itulah penting untuk sentiasa merujuk kepada Ustaz Sulaiman.

*Ini adalah prosedur yang saya tahu, jika ada perbezaan untuk tahun ini sila maklumkan ya.

4) Sentiasa update tentang status fail dengan ustaz Sulaiman sehinggalah fail itu selamat tiba di universiti.

5) Setelah fail sampai, bolehlah meminta izin dafa' untuk membayar yuran, kemudian mendapatkan kerneh ma'bad. Setelah itu selesailah urusan pendaftaran dan kita adalah berstatus pelajar perubatan officially.




Masalah yang berlaku ketika tahun 1

1) Masalah Fail lambat (telah diterangkan di atas)

2) Masalah tidak cukup 75% kehadiran untuk menduduki peperiksaan.(Muharabuun Minal Imtihan).

Menurut pengalaman di Universiti kaherah, tahun satu tidaklah terlalu ketat kehadirannya, memandangkan pengurusan pendaftaran pelajar akan bermasalah. Bukan Malaysia saja, bahkan pelajar dari Moritania, Yaman, Palestin, dan negara-negara lain juga bermasalah. Ketika tahun 1 dulu ,saya pernah bertanya di pejabat tentang kehadiran saya yang tidak cukup 75%, tapi dia menjawab bahawa tiada 'muharabuun minal imtihan' (ditahan daripada mengambil peperiksaan) pun untuk tahun satu Cairo U.

Asalkan anda pernah menghadiri kuliah, dan nama anda dicatatkan sebagai pelajar yang pernah menghadiri kuliah, maka anda tidak akan ditahan daripada mengambil peperiksaan. Wallahualam jika di universiti lain, mungkin berbeza.. namun walaupun tidak cukup 75% dan tidak boleh mengambil peperiksaan, kita boleh membuat rayuan bertulis menyatakan sebab-sebab tidak cukup 75% kehadiran. Masih boleh dielakkan, jadi attendance bukan faktor mengapa tidak dapat masuk peperiksaan.

3) Masalah bayaran yuran.

4) Masalah tidak faham bahasa arab

5) masalah tidak mengetahui dewan kuliah dan group ketika tutorial dan sebagainya.





Komen saya dalam isu Pelajar Perubatan Tanta

Saya melihat terdapat kesilapan dari 2 pihak; pihak pegawai pengurusan dan pihak pelajar. Pegawai sepatutnya bersungguh dalam memastikan bilangan pelajar G2G dan memaklumkan status sebenar mereka. Pegawai perlu memastikan pelajar G2G tahu bahawa mereka adalah tidak sama kelas dengan pelajar MOU. Kemudian memberitahu status sebenar fail mereka, di manakah ia sekarang supaya pelajar tidak salah faham serta lebih tenang.

Dari sudut pelajar pula, kita perlu sentiasa bertanya khusunya kepada senior tentang peraturan-peraturan sebagai pelajar G2G yang tidak boleh menghadiri kelas MOU. Juga peka dengan status kita adalah pelajar G2G, update dengan pegawai tentang fail sejak mula tiba di mesir.

Masalah utama dalam isu ini adalah masalah komunikasi antara pelajar dan pegawai. Sebenarnya kes yang sama berlaku kepada pelajar G2G di Cairo Universiti tahun ini, fail sangat lambat sampai walaupun dah hampir tiba peperiksaan 1/2 tahun. Mengikut kebiasaannya, mereka tidak akan boleh mengambil peperiksaan 1/2 tahun ini, tapi setelah dirunding oleh Ustz Sulaiman, mereka berjaya mendapatkan kerneh muaqqat walaupun fail mereka belum tiba lagi di universiti. Komunikasi dan perhubungan yang baik dengan ustaz sulaiman banyak membantu dalam kes ini. Dan saya percaya, jika pegawai bersungguh membantu sejak awal..kemungkinan besar tidak akan terjadi isu pelajar perubatan G2G Tanta ini.

Masalah kedua adalah lewat memulakan urusan, berdasarkan kronologi kes ini , urusan dimulakah sejak bulan 5. Dan ketahuilah itu sudah terlalu lewat. Urusan sepatutnya dimulakan sejak awal tiba di universiti, iaitu pada bulan Oktober tahun sebelumnya. Jadi faktor kelewatan ini mungkin lebih menyukarkan lagi negotiation pihak EME dengan Universiti.

Dalam isu melibatkan pelajar G2G ini, senior tahun 6 G2G perlu memberikan pandangan dan tampil bersuara menjelaskan keadaan sebenar, supaya tidak berlaku salah faham dan budaya salah menyalah sesama kita. Keadaan sekarang yang berlaku, penjelasan tentang isu ini diberikan oleh mereka yang bukan ahli dalam pengurusan pelajar G2G, maka kemungkinan besar berlaku kesilapan maklumat.

Budaya kita cepat menyalahkan pihak atasan jika ada masalah yang berlaku. Bagi saya dalam kes ini, pihak EME bukanlah satu-satunya pihak yang bersalah sepenuhnya. Tapi ia disebabkan masalah kesilapan maklumat yang difahami pelajar baru, ditambah masalah yang common; kelewatan fail sampai. Dari satu sudut, ia masih boleh diselesaikan dengan baik.

Kita bersuara mengikut isu. Sebelum ini tidak timbulnya persoalan pelajar G2G walaupun setiap tahun berlaku masalah yang sama. Cuma tahun ini ia tidak diuruskan dengan baik, jadi berlakulah kes perubatan Tanta ini. Bahkan dulu, hampir kesemua urusan pendaftaran dulu diuruskan oleh saya dengan bantuan beberapa senior dan rakan-rakan. Dan saya sentiasa merasakan pelajar G2G disingkirkan daripada pemerhatian PERUBATAN. Juga waktu tahun satu dulu, saya sehingga tidak pernah mendapat SC.

Maaf saya katakan begini kerana itulah yang saya rasakan. Kerana jika ada saja masalah junior G2G, maka Hayati Sawfiyyah (rakan G2G) dan sayalah akan cuba membantu. Hayati lebih banyak membantu dan lebih banyak pengalaman berbanding saya. Namun bermula dari tahun ini, Ibrahim Yahya nampaknya mewakili PERUBATAN menuruskan pelajar G2G. Tahniah, dan teruskan..

Kesimpulannya, telah berlaku salah faham dalam isu ini antara pelajar perubatan dan pegawai pengurusan. Di peringkat persatuan Perubatan, seharusnya berhati-hati mengeluarkan pendirian dalam satu isu. Sepatutnya sebuah persatuan yang professional, tidak seharusnya mengeluarkan statement yang kurang tepat dan menghukum pihak tertentu tanpa maklumat yang sahih.





Penutup

Sekali lagi saya menyatakan kekesalah dan kesedihan yang menimpa sahabat kita Alif yang terpaksa mengulang tahun tanpa alasan yang relevan. Namun tidak mengapa, bersabarlah.. mungkin ia adalah ujian daripada Allah. Moga allah mengganjarkan Alif dengan pahala atas kesabaran itu.

Mungkin berlaku kesilapan maklumat dalam entry ini, tetapi saya hanya menulis apa yang saya tahu dan jika ada sebarang kesilapan atau kekurangan fakta, saya sentiasa mengalu-alukan sebarang teguran dengan hati terbuka. Dan mungkin juga prosedur urusan di Universiti Tanta berbeza dengan Universiti Kaherah, jadi saya tidak berani menyentuh perkara yang tidak saya tahu. Sekian.




Hazim Azhar
Tahun 5 perubatan
Universiti Kaherah

**Utk menghubungi saya secara personal, boleh hubungi di talian +2011-2877646 atau emel kepada mushahid89@yahoo.com.my

15 comments:

Anonymous said...

terimakasih dengan penerangan yang jelas.....

Persoalannya...Benarkah yuran pelajar MOU telah dinaikkan kepada 8000 GBP berbanding sebelum 2009 8000 USD di universiti Kaherah.

Persoalan ke 2 ...bolehkah pelajar G2G ditukarkan kepada MOU ada tahun pertama?

Hazim Azhar said...

1) Tidak. 8000 GBP tu terlalu banyak, kalau nak bandingkan yuran yang sedia ada pelajar MOU (8000 USD) itupun dan banyak sangat. Kalau sy bangitahu yuran MOU kpd kawan2 arab, mesti mereka terkejut dan kate, "Kaya betul korang".

Sbb yuran standard yg dibayar oleh students wafidin (foreigner) adalah mcm yg sy sebutkan di atas, tapi kalau orang Mesir lagi murah.

So, setakat yg sy tahu, yuran MOU akan kekal sebegitu, 8000 USD. Wallahualam kot2 pihak Uni nak minta lebih2 kpd 8000 GBP. Kalau minta 8000 GBP, better study Ireland la kalau cmtu.


2) Boleh dengan prosedur yg agak leceh dan perlu dibuat sesegera mungkin sejak awal tiba di univrsity.

Kalau nak tahu, pada asalnya saya hampir2 bertukar kpd MOU dengan bantuan Ustz Sulaiman. Tapi lepas fikir panjang2... saya minta utk kekal dlm G2G, sebab manfaat pengalaman yg terlalu jauh berbeza berbanding MOU.

Namun sy tak pasti di university lain bagaimana, sbb urusan di negara arab ni complicated dan berbeza mengikut tempat.

Anonymous said...

terimakasih di atas penerangan saudara yg jelas.

Anak saya akan memasuki uni cairo pada kemasukan 2011/2012 ini secara persendirian melalui KPT.

Pada mula saya amat terkejut dengan jumlah yuran yang dinyatakan oleh sesetengah pihak mencecah hampir rm 50 ribu tahun pertama..... di uni cairo

Bagaimana yuran dibayar?... dalam bentuk tunai atau bank draf? jika tunai dalam matawang mesir atau GBP?

Hazim Azhar said...

Setakat ini saya masih belum dengar lagi yuran semahal RM 50 000 utk tahun pertama di Cairo University.

Pertamanya, tuan/puan dapatkan kepastian dahulu, sama ada anak tuan/puan akan masuk program MOU atau G2G.

Utk tahun pertama
Yuran G2G : 3000 GBP (RM 14 420)
Yuran MOU : 8000 USD (RM 23 708)

Ini adalah jumlah yang akan dibayar kepada pihak university.

Kemungkinan kalau melalui agen tertentu, tuan/puan akan membayar service kpd agen tersebut, dan mungkin mereka meminta bayaran lebih utk pengurusan. Ini saya tidak pasti, kene tanye kpd pihak agen terbabit.


Yuran dibayar dengan cash kepada Arab African bank sama ada dalam GBP atau Pound Egyptian (yang sama jumlah dengan 3000GBP). Terpulang kpd kita utk membayar dlm GBP atau Pound Egyptian, kedua2nya diterima..

syafiqaffandi said...

Assalamualaikum,

sy syafiq pelajar tahun 6 university tanta.sy menyahut seruan saudara untuk kehadapan. sy juga satu ketika dl terlibat dlm urusan-urusan spt yg hazim jelas kan. terdpt beberapa 'kesilapan' yg bersifat setempat yg hazim perlu penelitian semula sebelum menyifatkan kami spt yg disifatkan oleh saudara.

1. fail MOU sbnrnya di tapis oleh pihak idarah wafidin pd sesi 2005/2006 dan sesi 2006/2007. banyak fail-fail pelajar tidak melepasi gred yg ditetapkan. akan tetapi duta tyt datuk duta zainal abidin telah berjumpa dengan timb menteri pengajian tinggi mesir bagi meluluskan juga fail tersebut walaupun tidak melepasi gred. *sumber ustaz yazid n ust sulaiman. bagi tahun2 seterusya barulah satu perjanjian telah dimeterai bagi menerima pelajar MOU tanpa ada penapisan oleh idarah wafidin, seperti yng saudara jelaskn

2. kronologi yang ditulis oleh PCT adalah sebahagian daripada usaha-usaha yang dilakukan, usaha-usaha yang asas seperti memaklumkan EME , telefon sms pegawai yg berkenaan telah dilakukan sejak awal lagi. *xkan msg kol pun nk di blogkan? :)mungkin mudah bg pelajar cairo untuk pergi berulang alik ke eme seperti yg saudara nyatakan. tetapi bg alif dan org yg bertanggung jwb menguruskannya ini menjadi satu kekangan. mengikut apa yg saya ketahui alif n mereka tersebut berulang alik sebulan sekali ke eme. ini sudah cukup membebankan bagi mereka.

3. kami sedari kesilapan daripada pihak kami yang culas dan mungkin tidak bersungguh2 *yeke untuk menyelesaikan perkara ini sehingga menyebabkan alif terpaksa mengulang tahun pengajian. akan tetapi apa yang menyedihkan adalah tiada satu kenyataan rasmi oleh pihak yg bertanggungjawab memperjelaskan hal ini secara telus kepada umum. *untk pengetahuan saudara en. sulaiman sudah tidak berani menjejaki tanta unversity kerana beliau digelar org yg tidak mengotakan janji oleh pihak pengurusan di sini. hal ini hanya beberapa orang yg tahu yg kini menjadi pengumuman kepada semua pembaca komen ini. ini adalah hal keaiban yg kami mahu lindung. dan org yg setempat sahaja mengetahuinya.

4. saya sendiri amat merindui zaman ust yazit yang sgt mengambil berat kes2 pelajar seperti sy, sy juga pelajar G2G tajaan jpa. sy juga mengalami perkara yg sama. bahkan lebih teruk lg kami dihalau daripada meja peperiksaan walaupun kami mempunyai kerneh muaqqatah seperti yg saudara tegaskan. ust yazit bersama ust sulaiman yang menyelesaikan kes ini. akan tetapi kami tidak juga dpt msk ke dlm peperiksaan kerana TIDAK MEMPUNYAI FAIL. akhirnya kami mengambil peperiksaan pertengahan tahun pada hari yag sama peperiksaan ORAL tanpa mengetahui adanya peperiksaan tersebut. sadis bukan? bg pelajar thn1 yg tidak mempunyai senior ketika itu.kepada Allah jugalah kami bermohon.

5. mendatangkan kepelikan seramai2 160 orang pelajar MOU yg diuruskan oleh ejen boleh siap segala urusan-urusan mereka, fail n sbg. cuma 2 org mahasiswa tahun1 sahaja G2G di bumi Tanta pada tahun ini. walaupun tuding-menuding bukan akhlak islam, satu pihak mesti mengaku bertanggungjawab!. adakah alif culas akan status G2Gnya? sila berjumpa dengan beliau.menjadi satu keaiban kepada sistem government to goverment yg didokongi oleh kerajaan apabila berlakunya perkara seperti ini. ia sedikit sebanyak memalukan saya sendiri yg mencanang-canangkan sistem yg agak murah untuk belajar ke mesir berbanding menggunakan ajensi jika result mengizinkan kepada kebanyakan orang yg ingin pendapat saya untuk datang ke mesir.

kepada saudara hazim, pergilah berbincang dengan orang yang telah menguruskan alif n maya, bantu mereka jika saudara mampu berdasarkan pengalaman yg saudara nyatakan dalam penulisan saudara. terdapat kata-kata saudara yg amat mengguris hati dan perasaan mereka. saya hanya diminta untuk menyatakan perkara ini kepada saudara.

minta maaf zahir dan batin

wassalam

Hazim Azhar said...

Terima kasih atas komen dan respon.

Dalam isu ini, sebenarnya sudah terlewat utk bertindak, kerana keputusan universiti telah dikeluarkan.

Saya meminta maaf atas segala kesilapan dan bahasa dalam penulisan ini. Sebab itu awal-awal telah saya tulis fakta ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi yang tertumpu pada Universiti Kaherah. Ada perkara yang sama, dan ada juga perbezaan di sudut pihak University.

Saya lihat masalahnya pada pengurusan dengan pihak Universiti.. Mungkin pegawai terlibat (KJ dan Us Sulaiman) tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pihak U tanta. Dan menyukarkan lagi pengurusan. Ini ebrbeza dengan Cairo U.

Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam isu ini, kerana saya juga dulu telah menghadapi berbagai-bagai masalah, antaranya disebabkan lambat masuk kuliah kerana masalah fail. Keputusan akhir saya hampir semua gagal ketika tahun 1, namun dengan bantuan rakan G2G yg lain, dapat menyelesaikan masalah ini. Pihak U menganggap sy tidak hadir exam mid-year, jadi mereka bagi markah 0 saje.

Saya faham, bagaimana susahnya menjadi pelajar G2G, apatah lagi saya hanya seorang saja lelaki melayu dalam batch. Sy tidak mempunyai kawan melayu pn di kuliah.

Kalau boleh berjumpa dengan mereka yang terlibat dalam membantu saudara alif dan yg lain, saya pasti akan berjumpa. Namun seperti yg saya katakan, ia telah terlewat sekarang. Dan sebarang perbincangan utk penambah baikan utk yg akan datang adalah lebih baik, seperti mungkin PERUBATAN perlu mewujudkan satu lajnah khas yg membantu pelajar G2G seluruh mesir.

Dan jika ada sebarang permintaan utk menyarakan pandangan, saya sentiasa inginkan peluang itu.

Memang pegawai ada salahnya dalam isu ini. Dan kalau mereka bersungguh sejak awal bulan 10 lagi, semua permasalahan inshaallah akan dapat diselesaikan dengan baik.

Sekali lagi saya memohon maaf atas bahasa dan kekurangan dalam entry ini, saya langsung tidak ada niat menyalahkan mana-mana pihak. Apatah lagi menafikan jasa dan usaha senior yang banyak membantu alif dan kwn2. Dan saya juga faham bagaimana perit urusan pendaftaran tersebut.

Terima kasih atas teguran dan pembetulan fakta. Saya akan betulkan sekarang.. :)

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

ash kim said...

salam alaykum.

pendapat sy,orang yang menghadapinya sendiri lebih mengetahui keadaan sebenar.. bgs, saya puji sikap saudara menjelaskan hal ini di dalam blog saudara, namun bimbang ia boleh membuka kepada andaian2 yg tidak tepat kerana kita bukan berada di situasi sebenar pelajar itu sendiri,bimbang ianya boleh menggurisakan hati pihak2 terbabit..bak kata pepatah berat mata memadang, berat lagi bahu memikul...mungkin ada org yg senang urusannya, mungkin ada yg sedikit susah.. masing2 lain caranya..

apa2 pun, terima kasih kerana menjelaskan tentang pendaftaran g2g yg sedikit kompleks ini.. boleh bg pencerahan pd mereka yg akan dtg ke mesir secara persendirian..

Anonymous said...

Bagi saya perbincangan di sini dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar baru walaupun terdapat salah faham .... Apa yang boleh saya simpulkan semua masalah ini berpunca dari pihak berkenaan yang tidak menguruskan fail pelajar sebaik mungkin.

Peranan yang dimainkan oleh para senior dan persatuan perubatan amat bermakna terutama bagi pelajar2 baru G2G......teruskan usaha anda semua dan semoga Allah merahmati semua tujuan murni itu....

Anonymous said...

salam..syabas diucapkan..diharapkan masing2 dapat terus membantu tidak kisah dari pelbagai aspek pn..

masing2 punyai pendapat, raikanlah dengan sebaiknya. yg penting objektif kita tercapai iaitu utk mencari jalan keluar dari permasalahan ini..ana yakin, semua ingin membantu dengan keupayaan dan kebolehan yang masing2 ada..maka bantulah sebaik mungkin.

akhir kata, teruskan berbincang dan mari kita sama2 doakan yg terbaik dan diberikan petunjuk dan jalan keluar oleh Allah swt..-hakim mansurah

Najlaa' Habrah said...

terbuka minda membaca entri ni..syukran..

Anonymous said...

skrg jpa mgkin da x buka lagi peluang untuk smbg blaja di mesir dlm medic,,,,so camne kalu nak smbg blaja kat cairo u???nak call sape ??urmm

Hazim Azhar said...

ye, saya ade juga dengar JPA dah tak hantar ke Cairo Uni. Kalau masalah ni, saya tak tahu macam mane nak buat.. maaf.

Arifuddin Adam said...

Salam,
abg hazim, saya dapat offer ke cairo under zakat selangor untuk perubatan.
Tapi saya nak tahu adakah cairo ini cukup bagus? enrnfo

Hazim Azhar said...

salam, i'allah Cairo University is one of the best medical school in egypt. Tapi standard egypt la, facility malaysia lagi bagus.. tapi jgn risau.. kat sini pn cukup bagus utk jadi doctor yg baik..

Anonymous said...

Assalam... anak buah saya baru berlepas ke Mesir pada awal bulan Oktober haritu untuk program medic di Uni Tanta. Macam mana kaedah pengajian di sana? Dia buat persediaan 6 bulan di Uni Putra. Betul ker bahasa arab kena lulus baru boleh bergraduat. Satu lagi, suasana di sana dah aman ker atau masih perlu berwaspada sestiasa. Tk.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com